OBJEKTIF PENDAFTARAN OKU
- Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
- Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
- Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
KATEGORI OKU
Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut :

(i) Kurang Upaya Pendengaran -
Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :

Minimun 15 - < 30 dB (Kanak-Kanak)
20 - < 30 dB (Dewasa)
Sederhana 30 - < 60 dB
Teruk (severe) 60 - < 90 dB
Sangat teruk (profound) > 90 dB
20 - < 30 dB (Dewasa)
Sederhana 30 - < 60 dB
Teruk (severe) 60 - < 90 dB
Sangat teruk (profound) > 90 dB
(ii) Kurang Upaya Penglihatan
Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat dua tahap kurang upaya penglihatan seperti berikut :-

Terhad - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan ataU lebih baik daripada 3/60
walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang
dari 20 darjah dari fixation.
Buta - Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation

(iii) Kurang Upaya Pertuturan
Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.
(iv) Kurang Upaya Fizikal
Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.
Contoh ketidakupayaan fizikal:
(a) Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
(b) Spinal Cord Injury [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
(c) Stroke [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
(d) Traumatic Brain Injury
(e) Kerdil (Achondroplasia) iaitu

< 142 cm bagi lelaki dan;
< 138 cm bagi wanita
(f) Cerebral Palsy
(v) Masalah Pembelajaran
Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).

(vi) Kurang Upaya Mental
Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.

(vii) Pelbagai (Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.
Borang Pendaftaran
Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya BPPOKU (Pindaan 1/2012)
Pemohonan Pendaftaran
(a) Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian;
(b) Menggunakan borang tersebut di atas; dan
(c) Menyertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan.

Syarat-syarat Pendaftaran
(a) Warganegara yang bermastautin di Malaysia
(b) Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
Kod Kategori OKU
KOD
| JENIS KETIDAKUPAYAAN |
DE | Pendengaran |
BL | Penglihatan |
SD | Pertuturan |
PH | Fizikal |
LD | Masalah Pembelajaran |
ME | Mental |
MD | Pelbagai |
Penukaran Kad
Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian disebabkan:-
(a) Kad OKU hilang;
(b) Kad OKU rosak;
(c) Perubahan kategori ketidakupayaan.
(b) Kad OKU rosak;
(c) Perubahan kategori ketidakupayaan.